BAKI 15 HARI RAMADHAN, TAJA JUADAH BERBUKA BUAT SAUDARA YANG MEMERLUKAN DI 6 NEGARA. AYUH BANTU!
Alhamdulillah, tahun ini kita diberi kesempatan menikmati bulan pernuh baroqah Ramadhan.
Sedar tak sedar, kita sudah berada di pertengahan Ramadhan sudah.
Tuan puan..ambillah iktibar apa yang berlaku di dunia akibat penularan wabak Covid-19 sekarang ini.
Mungkin ada diantara kita mengeluh kerana tiada Bazar Ramadhan sebagai penambah kemeriahan bulan puasa kita tahun ini.
Takpe tuan puan..Kita meriahkan Ramadhan tahun ini dengan memperbanyakkan berkongsi rezeki buat saudara kita yang memerlukan ya?
Tahun ni kita tekad, kita belanja saudara Muslim kita yang kurang bernasib baik di luar sana juadah berbuka.
Bersyukurlah, walaupun sebulan lebih kita di rumah sepanjang tempoh PKP, kita masih cukup makan minum.
Tahukah tuan puan, majoriti mereka yang hidup di negara bergolak seperti Syria, Yaman, dan Afrika, mereka hanya mampu berpuasa atau berbuka dengan air kosong.
Dalam keadaan miskin, terancam, mereka tiada pilihan. Selain menahan lapar atau makan apa yang ada sekadar mengisi perut yang kosong.
Adakala mereka berpuasa beberapa hari, hanya sahur dan iftar dengan berbekalkan air hujan.
Tidak dilupakan juga golongan miskin di Malaysia yang memerlukan, mereka juga berhak untuk dibantu oleh kita semua.
Oleh itu, marilah kita bersama-sama memberi kemanisan bulan ramadhan yang mulia ini dengan menaja program Special Iftar For Ummah (SIFU).


Apakah Maksud Program SIFU?
SIFU adalah program tajaan berbuka puasa tahunan anjuran FFH, bagi menyantuni saudara semuslim yang memerlukan di Malaysia dan beberapa buah negara yang lain.
Alhamdulillah tahun ini adalah tahun ke- 5 kami menjalankan program SIFU ini. Pada tahun lepas saja, pihak FFH telah berjaya mengagihkan 4,804 pek iftar dan 953 food basket, sepanjang bulan puasa di sekitar Malaysia dan 4 buah negara yang lain.
Ini bertepatan dengan anjuran Rasulullah SAW yang menggalakkan kita untuk memberi juadah kepada mereka yang berpuasa melalui sabdaanya:
“Sesiapa yang memberi makan orang yang berpuasa (iftar), maka baginya (pemberi) pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut”
(Riwayat at-Tirmizi, Ibn Majah dan Ibn Hibban menilainya sahih)

Sasaran Bantuan SIFU 2020?
Sempena bulan puasa tahun 2020 ini, pihak FFH sasarkan jumlah bantuan sebanyak RM 1 Juta bagi mengagihkan 1,200 Food Basket dan 12,000 Pek Makanan Iftar ke 6 buah negara:




Bantuan ini, kami akan salurkan dalam bentuk ‘Food Basket’ (RM 300/basket) yang mengandungi;
- Bekalan makanan asas seperti beras, tepung, gula, minyak dan banyak lagi.
- Setiap satu food basket anggaran berat 10-15kg, boleh tahan sehingga sebulan untuk sekeluarga
Selain itu, kami juga ada sediakan Pek Iftar Individu (RM 20/pek) istimewa lengkap dengan;
- Set nasi, kurma dan air sebagai juadah berbuka harian.
Kami berharap dengan adanya ‘Food Basket’ dan ‘Pek Iftar’ ini, kita dapat membantu mereka berpuasa dengan lebih sempurna tahun ini.
Nota: Bantuan yang diagihkan untuk setiap negara mungkin berbeza mengikut keperluan dan makanan ruji lokasi.




Bagaimana Nak Menaja Program SIFU?
Anda boleh pilih menu pakej ‘Food Basket’ atau ‘Pek Iftar’ mengikut kemampuan masing-masing:
✅ SIFU Family Premium - RM900 (3 Food Basket)
✅ SIFU Family Lite - RM300 (1 Food Basket)
=====
✅ SIFU Individu Premium - RM100 (5 pek)
✅ SIFU Individu Lite - RM20 (1 pek)
InsyaAllah semoga Ramadhan anda tahun ini lebih meriah dengan amal jariah dan balasan pahala oleh Allah S.W.T.
Terima kasih banyak atas rezeki yang dikongsi.
Untuk bantuan secara manual/transfer/CDM boleh bank in ke akaun di bawah. Bank : CIMB Nama : Persatuan Basmi Kelaparan No akaun : 8603 2797 47 Sila letakkan reference “SIFU“ |